Wednesday, 11 June 2014

Warisan Songket Terengganu

Pemuda-pemudi kalau berkain songket,
Alangkah indah berseri bertambah cantik,
Kain songket tenun  Melayu,
Mula asalnya dari Terengganu,

Kalau tuan naik ke bukit,
Singgah di bawah pohon terap,
Tuan umpama benang emas songket,
Terang cahaya merelap-relap.


PETA MALAYSIA

PETA NEGERI TERENGGANU






Tuesday, 10 June 2014

Pengenalan Songket

vSongket mengikut sejarahnya mula terkenal di Malaysia pada awal    abad ke-15 dan
    berkembang dengan pesat terutama di negeri Terengganu dan Kelantan

vDipakai oleh golongan bangsawan, keluarga kerabat di Raja dan orang   besar negeri.

vKehalusan tenunan dan kerumitan motif corak songket ketika itu menggambarkan pangkat 
     dan kedudukan yang tinggi seseorang pembesar.

vAntara corak yang digunakan:
     1. Susunan Bunga Penuh
     2. Susunan Bunga Berterabur
     3. Corak Bersusun










vMotif yang digunakan seperti:  
    1. Motif  tumbuh-tumbuhan 
    2. Motif binatang
    3. Motif alam atau benda
    


Wednesday, 4 June 2014

Definisi Songket

v Kain songket berasal daripada teknik membuat songket iaitu menyongket atau
   menyolek bunga (emas) pada tenunan sutera.
 
v Kain songket merupakan tenunan yang dihasilkan daripada jalinan benang loseng  
   (yang menunggu) dengan benang pakan (yang mendatang).
 
v Terbahagi kepada dua jenis iaitu tekat tiga dan tekat lima.

v Nama tekat itu berkaitan dengan penggunaan bilangan lembaran benang sutera dan
   jarak antara lembaran benang emas yang disongket.

Kedudukan Motif Songket

Kaki Kain
Badan Kain
Kepala Kain

Wednesday, 28 May 2014

Peralatan Songket

Peralatan Songket




Teknik Songket

  • Mencelup dan Mewarna
  • Menerai
  • Menganing
  • Menggulung
  • Mengarat
  • Menyapuk
  • Menyongket
  • Menenun 



Wednesday, 21 May 2014

Proses Songket

Mencelup/mewarna benang
vBenang diwarnakan menggunakan pewarna tumbuh-tumbuhan
vDicampurkan dengan jus asid buah gelugur atau buah belimbing
vBenang sutera akan dibersih terlebih dahulu
vTongkol-tongkol benang dicelup satu persatu
    dalam larutan pewarna
vDibancuh dengan air panas yang telah disukat
vBahan penggekal warna dicampurkan semasa proses rendaman
vBasuh sekali lagi di dalam air dan dibilas dengan air sejuk

Menerai
vBenang akan diceraikan dan dililit pada buluh kecil
vSetongkol benang dimasukkan ke bingkai
vKemudian dililitkan ke batang buluh (peleting)
vPeleting dimasukkan dibahagian hujung mata rahat

Jentera Menerai

RAHAT
PANDANGAN SISI
PANDANGAN HADAPAN







DARWIN



Menganing
vBenang akan disusun di atas anian
v20 buku benang diletakkan didalam pemidang peleting
vBenang-benang akan ditarik ke bawah dan digenggam dalam satu tangan.
vBenang ditarik mengelilingi setiap pacang kayu secara berulang
vProses pungut dilakukan dengan memintal setiap benang dengan ibu jari
vBenang ditarik dari satu hujung ke satu hujung mengelilingi pacang

Jentera Anian

PEMIDANG PELETING
BAHAGIAN ATAS
BAHAGIAN BAWAH
Mengarat
vKarat terdiri daripada dua bingkai  di dalamnya terdapat sebarisan karat.
vMembentuk dua set gulung (loops) yang memegang setiap satu benang loseng
vDimulakan dengan gelung bahagian bawah.
vBenang loseng diterbalikkan untuk dibuat benang atas
vBenang dimasukkan di bahagian bawah sebarisan dengan benang loseng yang
    terangkat
vMengarat dimulakan dibahagian hujung benang loseng
vBenang asing dikait dengan jari ke atas
vBenang dililit mengelilingi anak kayu dan papan karat  berselangseli membentuk
    seperti angka lapan

Menyapuk
vBenang loseng dimasukkan ke dalam gigi jentera atau sikat
vMenyapuk dilakukan dengan cara menyusupkan dua urat benang loseng kecelah-
    celah gigi  jentera
vHujung gigi jentera disusupkan empat urat benang untuk menguatkan tepi kain
vMenyapuk dilakukan oleh dua orang penenun yang duduk di atas lantai 
    berhadapan antara satu sama lain
vSalah seorang menyusurkan pengait benang melalui celah-celah gigi jentera
    disambut oleh seorang lagi penenun

Menyongket
vSebatang lidi atau buluh dimasukkan
vTenunan diteruskan beberapa inci sebelum kain dipotong daripada kek
vMasukkan kayu sumbi pada bahagian bawah kain yang ditenun
vBertujuan untuk mengawal tepi kain agar sentiasa lurus
vGigi belalang perlu dibuat terlebih dahulu iaitu lidi atau buluh halus
vKebarisan benang loseng untuk mengangkat tiga atau lima urat  benang
vTinggalkan seurat benang dibahagian bawah
vDikenali sebagai tekad tiga atau lima
vSeutas benang diikat pada hujung lidi melalui bahagian bawah benang loseng
vProses mengira benang loseng mengikut draf corak dipanggil menyongket bunga
vSeutas tali iaitu tali butang dimasukkan melalui ruang belira
vMotif dibuat dengan menggunakan benang emas yang diisi ke dalam cuban
vIa dikenali sebagai menyulam  atau menekat benang emas







Songket Tenunan Tekat Tiga dan Lima





ANGKAT 3
ANGKAT 5
Menenun
vMenggerakkan pijak karat dengan kaki dan  torak  yang mengandungi dua
    lembar benang emas
v Disilang merentasi ruang belira
v Belira dikeluarkan dan benang emas disikat dan ditekan dengan gigi jentera
vProses ini diulang sehingga corak songket dibentuk
v Songket dengan reka corak halus yang ditenun dengan tekat tiga mengambil
     masa yang lebih lama