Wednesday 11 June 2014

Warisan Songket Terengganu

Pemuda-pemudi kalau berkain songket,
Alangkah indah berseri bertambah cantik,
Kain songket tenun  Melayu,
Mula asalnya dari Terengganu,

Kalau tuan naik ke bukit,
Singgah di bawah pohon terap,
Tuan umpama benang emas songket,
Terang cahaya merelap-relap.


PETA MALAYSIA

PETA NEGERI TERENGGANU






Tuesday 10 June 2014

Pengenalan Songket

vSongket mengikut sejarahnya mula terkenal di Malaysia pada awal    abad ke-15 dan
    berkembang dengan pesat terutama di negeri Terengganu dan Kelantan

vDipakai oleh golongan bangsawan, keluarga kerabat di Raja dan orang   besar negeri.

vKehalusan tenunan dan kerumitan motif corak songket ketika itu menggambarkan pangkat 
     dan kedudukan yang tinggi seseorang pembesar.

vAntara corak yang digunakan:
     1. Susunan Bunga Penuh
     2. Susunan Bunga Berterabur
     3. Corak Bersusun










vMotif yang digunakan seperti:  
    1. Motif  tumbuh-tumbuhan 
    2. Motif binatang
    3. Motif alam atau benda
    


Wednesday 4 June 2014

Definisi Songket

v Kain songket berasal daripada teknik membuat songket iaitu menyongket atau
   menyolek bunga (emas) pada tenunan sutera.
 
v Kain songket merupakan tenunan yang dihasilkan daripada jalinan benang loseng  
   (yang menunggu) dengan benang pakan (yang mendatang).
 
v Terbahagi kepada dua jenis iaitu tekat tiga dan tekat lima.

v Nama tekat itu berkaitan dengan penggunaan bilangan lembaran benang sutera dan
   jarak antara lembaran benang emas yang disongket.

Kedudukan Motif Songket

Kaki Kain
Badan Kain
Kepala Kain